Monday, November 23, 2026
HomeBERITAMenteri Sabah Cedera Di Kepala, Terjatuh Di Tandas KLIA

Menteri Sabah Cedera Di Kepala, Terjatuh Di Tandas KLIA

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, terpaksa menerima jahitan di kepala selepas terjatuh akibat tergelincir di lantai tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Jamawi berkata, kejadian berlaku ketika beliau menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di kawasan menunggu VIP KLIA.

Katanya, lantai tandas yang licin menyebabkan beliau tergelincir sebelum kepalanya terhantuk pada lantai.

“Sebenarnya, ia kemalangan kecil ketika saya menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di kawasan menunggu VIP KLIA.

“Lantai tandas yang licin menyebabkan saya tergelincir dan kepala terhantuk pada lantai,” katanya.

Beliau berkata, beberapa kenalan yang terserempak dengannya di lapangan terbang dalam keadaan kepala berbalut tuala berdarah turut menghubunginya untuk bertanyakan apa yang berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu turut merakamkan penghargaan kepada doktor dan jururawat di Menara Medical Clinics KLIA yang memberikan rawatan serta menjahit luka di kepalanya.

Jamawi berkata, beliau turut menasihatkan pihak Malaysia Airports supaya menambah baik keadaan lantai tandas serta laluan kecemasan ke klinik berhampiran.

Katanya, kakitangan lapangan terbang juga perlu diberikan latihan sewajarnya bagi memastikan mereka mampu memberikan bantuan kecemasan dengan segera.

Jamawi dijadualkan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu pada jam 1.05 tengah hari selepas selesai lawatan kerja di Brasilia, Brazil.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

FFM35: Afdlin Shauki Tiada Niat Menyindir Atau Memperlekehkan Aina Abdul

0
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menjelaskan dia tidak berniat menyindir atau memperlekehkan penyanyi Aina Abdul ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-35...

CATEGORIES