Saturday, November 21, 2026
HomeHIBURANApa-Apapun, Saya Mahu Bersyukur Dan Berbuat Baik - Bella Astillah

Apa-Apapun, Saya Mahu Bersyukur Dan Berbuat Baik – Bella Astillah

KUALA LUMPUR – Bella Astillah memilih untuk menerima setiap ujian dan kritikan dengan hati terbuka, selain terus bersyukur serta berpegang pada prinsip untuk sentiasa berbuat baik.

Menerusi perkongsian Threads, Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berpandangan tidak semua perkara yang berlaku dalam kehidupan mampu dikawal, sebaliknya ada keadaan yang menuntut seseorang belajar menerima ketentuan dengan hati lapang.

“Tidak semua yang indah hadir tanpa ujian. Ada yang mampu kita kawal, ada yang hanya mampu kita terima dengan hati yang terbuka.

“Apapun yang hadir, saya tetap memilih untuk bersyukur dan berbuat baik,” tulisnya.

Perkongsian itu dipercayai dibuat susulan penampilan isteri Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu pada sebuah acara anugerah, malam tadi, yang mengundang kritikan netizen dan kejayaannya merangkul trofi pada majlis berkenaan.

Sebelum ini, Bella dilaporkan pernah menyuarakan keterbukaan menerima teguran, malah, menganggap setiap kritikan sebagai peluang untuk melakukan penambahbaikan dan memperbaiki kekurangan diri.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MCMC Gesa Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran Kecemasan

0
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai mengemas kini sistem operasi telefon mudah alih masing-masing bagi memastikan peranti mereka...

CATEGORIES