Saturday, November 21, 2026
HomeHIBURANAmir Raja Lawak Tunjuk Perkembangan Positif, Kini Dipindahkan Ke Wad Biasa

Amir Raja Lawak Tunjuk Perkembangan Positif, Kini Dipindahkan Ke Wad Biasa

KUALA LUMPUR – Pelawak Amir Raja Lawak yang sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan perkembangan positif apabila kini dipindahkan ke wad biasa.

Bagaimanapun, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi masih dalam keadaan lemah dan memerlukan bantuan oksigen, selain belum mampu berinteraksi seperti biasa.

Perkembangan itu dimaklumkan pembantunya, Muhammad Faris yang berkata, Amir masih memerlukan rehat secukupnya bagi membolehkan tubuhnya kembali pulih.

Menerusi aplikasi WhatsApp, Faris berkata, Amir menunjukkan sedikit peningkatan apabila sudah boleh makan dengan berselera, selain keadaannya lebih baik berbanding hari sebelumnya.

“Alhamdulillah, Amir makan berselera hari ini dan lebih kuat sedikit berbanding semalam.

“Amir ada menyambut panggilan telefon, tetapi tidak larat untuk menjawab. Dia minta maaf. Dia sudah ditukarkan ke wad biasa.

“Keadaannya masih belum boleh berinteraksi dengan baik. Dia perlu banyak berehat kerana badan masih lemah.

“Setakat ini, dengan keluarga terdekat pun dia tidak banyak bercakap lagi. Dia juga masih menggunakan bantuan oksigen,” katanya.

Dalam pada itu, Faris turut menyampaikan penghargaan Amir kepada semua pihak yang mengambil berat serta tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

“Amir mengucapkan terima kasih kepada Berita Harian serta rakan wartawan lain.

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan cuba menghubunginya. Apabila dia betul-betul sihat dan stabil nanti, dia akan menjawab satu persatu.

“Doakan Amir supaya terus kuat dan cepat sembuh,” katanya.

Terdahulu, adik Amir memaklumkan pelawak itu masih dirawat di ICU selepas 11 hari berada di unit berkenaan.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan Amir kini sedang berehat bagi memulihkan kesihatannya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MCMC Gesa Pengguna Kemas Kini Telefon Untuk Terima Amaran Kecemasan

0
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai mengemas kini sistem operasi telefon mudah alih masing-masing bagi memastikan peranti mereka...

CATEGORIES