Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITAIsi Minyak Guna Suara Pelbagai Bahasa Pertama Di Malaysia

Isi Minyak Guna Suara Pelbagai Bahasa Pertama Di Malaysia

Aplikasi mobiliti tempatan, Setel memperkenalkan Voice Fuelling iaitu ciri berkuasa AI yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak hanya dengan menggunakan arahan suara.

Kini dalam fasa beta, ciri terbaharu yang merupakan evolusi daripada Pengisian One-tap itu tersedia dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk menjadikan pengalaman mengisi minyak lebih mudah diakses, lancar serta mesra pengguna.

Direka untuk memenuhi keperluan semua pengguna, daripada pemandu dan penunggang motosikal kepada pengendali fleet serta pemandu e-hailing, Voice Fuelling turut memudahkan mereka yang kurang biasa menggunakan aplikasi atau lebih selesa memberikan arahan secara lisan berbanding menyentuh skrin.

Bagi membantu orang ramai mencuba ciri ini, kru di stesen minyak turut diperkenalkan Voice Fuelling serta membantu pelanggan mengaktifkannya.

Ciri Voice Fueling pada aplikasi Setel dapat memudahkan pengguna mengisi minyak dengan hanya menggunakan arahan suara.

Selepas ciri itu diaktifkan dalam aplikasi Setel, pengguna hanya perlu menyebut nombor pam untuk memulakan pengisian minyak. AI Setel kemudiannya akan menguruskan transaksi berdasarkan kaedah pembayaran dan pilihan pengisian yang telah ditetapkan pengguna.

“Di Setel, kami percaya teknologi sepatutnya memudahkan kehidupan seharian, bukannya menambah kerumitan.

“Atas prinsip itu, kami mahu menjadikan pengalaman mengisi minyak lebih mudah.

“Daripada perlu mengetik pada skrin, kini cukup sekadar menyebut nombor pam.

“Voice Fuelling mencerminkan bagaimana AI boleh memberi nilai dalam perkara yang kita lakukan setiap hari.

“Bagi kami, penggunaan AI bukan sekadar tentang teknologi, tetapi bagaimana teknologi boleh mengurangkan kesulitan dan menjadikan sesuatu pengalaman lebih bermakna, intuitif dan dekat dengan pengguna.

“Membolehkan pengguna berinteraksi dalam bahasa yang biasa mereka gunakan mungkin kelihatan seperti perubahan kecil, tetapi ia penting dalam menjadikan teknologi lebih semula jadi dan inklusif.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan mencuba Voice Fuelling dan merasai sendiri kemudahannya.

“Inilah erti #SetelUntukMalaysia iaitu menggunakan teknologi untuk memenuhi keperluan harian dan menjadikan setiap perjalanan lebih mudah,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin.

Dalam usaha mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia ke dalam ekosistem Setel, pengguna baharu boleh menikmati lima kali mata ganjaran Mesra Rewards, terhad kepada 500 mata ganjaran, apabila mereka memuat turun aplikasi, mendaftar, mengesahkan akaun dan membuat pengisian minyak sekurang kurangnya seliter.

Tawaran itu boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap pengguna dan tidak terhad kepada penggunaan Voice Fuelling.

Ia terpakai untuk pengisian RON95, RON 97 dan diesel, termasuk Budi95 dan Budi Diesel, tertakluk kepada terma serta syarat.

Bagi pengguna sedia ada, Setel Savers menawarkan lebih banyak penjimatan, mata ganjaran bonus dan nilai tambahan, manakala Refer a Friend membolehkan pengguna memperoleh Kredit Setel serta berpeluang memenangi hadiah.

Sehingga akhir tahun ini, Full Thank akan diteruskan sebagai sebahagian daripada kempen berterusan Setel, bersama pelbagai promosi dan ganjaran lain.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh membuka aplikasi Setel, melayari www.setel.com, atau mengikuti saluran media sosial Setel.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MDKD 2026 Edisi Lembah Klang Perkasa Komuniti Sentul Dengan AI Dan...

0
Kuala Lumpur, 14 November 2026 – Kementerian Digital terus memperkukuh agenda pembudayaan digital di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program Minggu Digital Kementerian Digital...

CATEGORIES