Tuesday, November 17, 2026
HomeTRAVELAirAsia Tawar Perjalanan Eksklusif Ke Seluruh Asean Dengan Tambang Bermula RM119 Serta...

AirAsia Tawar Perjalanan Eksklusif Ke Seluruh Asean Dengan Tambang Bermula RM119 Serta Diskaun Sehingga 30 Peratus Untuk Value Pack

SEPANG, 16 November 2026 – AirAsia menawarkan tawaran perjalanan eksklusif ke seluruh Asean dengan tambang bermula RM119*, sekali gus memberikan lebih banyak peluang kepada para pengembara untuk menerokai pelbagai destinasi dalam rangkaian penerbangannya yang luas. Dengan tempoh perjalanan sehingga Oktober tahun hadapan, para pengembara turut boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus* untuk Value Pack, yang menawarkan lebih kemudahan dan fleksibiliti sepanjang perjalanan mereka.

Laluan Pilihan:

Terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Kota Bharu, Langkawi, Nha Trang, Sihanoukville, Vientiane, Medan, Hat Yai, Cebu dan pelbagai destinasi menarik yang lain.

Tempoh Tempahan:

Mulai sekarang hingga 22 November 2026

Tempoh Perjalanan:

30 November 2026 hingga 30 Oktober 2027

Nikmati Manfaat Tambahan:

Manfaatkan perjalanan anda dengan menikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk Value Pack* serta pengecualian yuran perubahan penerbangan sekali sahaja**, memberikan anda lebih fleksibiliti sekiranya rancangan perjalanan berubah (perbezaan tambang mungkin dikenakan).

Value Pack merangkumi:

  • Bagasi daftar masuk 20kg

  • Pemilihan tempat duduk

  • Hidangan dalam penerbangan Santan

  • Perlindungan Perjalanan

  • Baucar beli-belah bebas cukai***

Rancang pengembaraan seterusnya bersama AirAsia dan rebut tawaran istimewa untuk masa terhad ini. Dengan tambang serendah RM119* serta penjimatan tambahan sehingga 30 peratus* untuk Value Pack, inilah peluang terbaik untuk menerokai destinasi impian anda dengan lebih berbaloi.

Tempah sekarang menerusi AirAsia MOVE dan mulakan pengembaraan anda!

*Tambang bermula RM119 adalah tertakluk kepada perubahan. Diskaun Value Pack sah untuk tempahan penerbangan awal menerusi AirAsia MOVE sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan.

** Perbezaan tambang mungkin dikenakan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

*** Baucar beli-belah bebas cukai hanya sah untuk penerbangan AK, D7 dan QZ. Tertakluk kepada terma dan syarat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pulau Aoshima Di Jepun, Destinasi Unik Yang Dihuni Ratusan Ekor Kucing

0
JEPUN – Terletak di selatan Jepun, Pulau Aoshima menjadi antara destinasi unik yang menarik perhatian pencinta haiwan kerana dihuni oleh ratusan ekor kucing yang...

CATEGORIES