Friday, November 13, 2026
HomeBERITAMicrosoft 365, Outlook Dan Teams Alami Gangguan

Microsoft 365, Outlook Dan Teams Alami Gangguan

PERKHIDMATAN e-mel Microsoft Outlook mengalami gangguan besar di beberapa rantau pada Khamis, menyebabkan puluhan ribu pengguna gagal mengakses e-mel masing-masing.

Microsoft memaklumkan pihaknya sedang berusaha keras untuk mengurangkan kesan gangguan itu yang turut dipercayai menjejaskan beberapa produk lain syarikat berkenaan.

Aplikasi kerja Microsoft yang terbabit termasuk Outlook, Microsoft Teams, SharePoint dan beberapa aplikasi lain yang dikatakan mengalami masalah sambungan dan akses.

Bagaimanapun, aplikasi Teams ketika dilaporkan masih dapat digunakan seperti biasa.

Rata-rata pengguna menyatakan mereka menyedari masalah itu sejak semalam, apabila mendapati terdapat ralat pada sistem berkenaan.

Menurut Microsoft, masalah sambungan itu berpunca daripada peningkatan beban pada infrastruktur syarikat di beberapa rantau.

Pada awalnya, Microsoft berkata pihaknya sedang menyiasat laporan gangguan di rantau Amerika, sebelum mengesahkan masalah itu berkemungkinan menjejaskan sambungan perkhidmatan Microsoft 365 di semua rantau.

Microsoft 365 adalah perkhidmatan langganan berasaskan awan yang merangkumi aplikasi popular seperti Outlook dan Teams.

Menurut laman pemantau gangguan perkhidmatan, Downdetector, hampir 130,000 pengguna melaporkan masalah pada Outlook sejurus selepas jam 1 tengah hari waktu Timur Amerika Syarikat (AS) atau 6 petang GMT.

Jumlah laporan itu bagaimanapun menurun kepada kira-kira 50,000 pengguna pada jam 4.30 petang waktu Timur AS (9.30 malam GMT).

Dalam kenyataan di platform X, Microsoft berkata sebahagian infrastrukturnya mengalami peningkatan beban di beberapa rantau sehingga berkemungkinan menyebabkan masalah sambungan.

Syarikat itu turut memaklumkan sudah menghentikan sementara semua pelaksanaan kemas kini, mengalihkan trafik tambahan daripada infrastruktur terjejas dan memulakan semula pelayan yang mengalami gangguan bagi memulihkan perkhidmatan.

Selain Outlook, ribuan pengguna turut melaporkan masalah menggunakan Microsoft Teams dan pembantu kecerdasan buatan (AI), Copilot, menurut Downdetector.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pemakanan Sihat Ketika Hamil, Penting Untuk Kesihatan Ibu Dan Perkembangan Bayi

0
KUALA LUMPUR – Kehamilan merupakan tempoh penting yang memerlukan perhatian khusus terhadap pemakanan bagi memastikan keperluan nutrien ibu dan perkembangan bayi dapat dipenuhi sepanjang...

CATEGORIES