Thursday, November 12, 2026
HomeBERITASepanyol Desak TikTok Gantung Operasi Susulan Penyebaran Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak

Sepanyol Desak TikTok Gantung Operasi Susulan Penyebaran Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak

MADRID – Kerajaan Sepanyol mendesak platform media sosial TikTok supaya menggantung operasinya di negara itu sehingga kandungan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak di platform berkenaan dihapuskan sepenuhnya.

Langkah itu diambil susulan laporan penyiasatan media tempatan yang membongkar kewujudan 1,183 hantaran lucah membabitkan kanak-kanak yang mencatatkan puluhan juta jumlah tontonan.

Menteri Belia Sepanyol, Sira Rego, berkata pihaknya sudah mengemukakan rayuan rasmi kepada pihak pendakwa raya dan Agensi Perlindungan Data untuk mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap syarikat teknologi terbabit.

Tindakan itu susulan laporan penyiasatan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, Maldita.es yang mendedahkan video eksploitasi seksual kanak-kanak di platform berkenaan ditonton sekurang-kurangnya 48 juta kali, selain dikongsi dan di komen lebih 26,000 profil pengguna.

Maldita.es dalam laporannya mengesahkan TikTok bertindak mengehadkan dua kata kunci carian yang dikenal pasti di Sepanyol, namun carian dari negara Eropah lain masih memberi akses kepada kandungan terlarang itu.

Desakan terbaru ini hadir beberapa bulan selepas pentadbiran Perdana Menteri, Pedro Sanchez meminta siasatan dijalankan ke atas X, Meta dan TikTok atas dakwaan penyebaran bahan eksploitasi kanak-kanak janaan kecerdasan buatan (AI), ketika kawal selia Eropah semakin memperketat pengawasan ke atas gergasi teknologi.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih 16,000 Peranti Percuma Diagih Kepada 257 Sekolah Antara 2022 Hingga...

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,230 peranti pendidikan digital percuma, merangkumi komputer riba, Chromebook dan tablet, diagihkan kepada 257 sekolah di seluruh negara menerusi 133...

CATEGORIES