Selebriti versatil, Janna Nick meluahkan rasa kecewa selepas bentuk badannya menjadi sasaran kritikan sebuah akaun di media sosial.
Menerusi Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner tampil memuat naik tangkap layar memaparkan hantaran dibuat akaun berkenaan sambil meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap postingan tersebut.
“Memang dasar hati hitam! Kalau saya gemuk dan tembam sekali pun, awak ke yang kena peluk cium saya?
“Suami aku elok je puji, kau nak lebih apehal. Boleh tak stop komen pasal bentuk fizikal saya. Berapa kali nak cakap? Saya makan hormon dan sedang trying to conceive (TTC).
“Jangan ganggu saya kalau tembak ke, gemuk ke buruk sekali pun,” luahnya.
Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini kemudiannya menyorot perhatian apabila memaklumkan dia sudah berputus asa untuk TTC.
Ujar Janna, dia kini hanya mahu memberikan fokus dan sepenuh perhatian untuk proses mengurangkan berat badan.
“Mulai hari ini, saat ini. Saya dah give up nak TTC. Saya secara rasminya menamatkan perjalanan TTC dan akan mulakan misi untuk kurus.
“Terima kasih kepada individu mulut hangsuang yang tak habis-habis bercakap pasal bentuk badan saya.
“Semoga puas hati sekarang,” luahnya lagi.
Untuk rekod, Janna Nick berkahwin dengan pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.
Sumber: Threads





