Thursday, November 12, 2026
HomeHIBURANPengutip Hutang Buru Bekas Isteri, Nubhan Mohon Tidak Libatkan Anak Dan Keluarga

Pengutip Hutang Buru Bekas Isteri, Nubhan Mohon Tidak Libatkan Anak Dan Keluarga

Penyanyi Nubhan mendakwa kediamannya didatangi oleh individu dipercayai pengutip hutang yang sedang mencari bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.

Menerusi perkongsian di media sosial, Nubhan, 40, menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan diri, anak-anak dan keluarganya terancam.

Menurut Nubhan, sebelum ini dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu berkongsi perkara berkaitan isu rumah tangganya di media sosial kerana bimbang ahli keluarganya menjadi sasaran kecaman orang ramai.

“Sebelum ini saya sangat risau untuk post apa-apa di media social kerana saya khuatir keluarga saya di kecam, mak saya dihina dan macam-macam lagi.

“Tapi apabila baru-baru ini rumah saya didatangi pengutip hutang, saya rasa amat risau atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya.

“Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri saya, mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Nubhan juga turut dipercayai membuat laporan polis berhubung kejadian itu, namun butiran lanjut termasuk tarikh laporan berkenaan dibuat tidak didedahkan.

Menurut laporan tersebut, Dr. Fie didakwa gagal dihubungi pihak pemiutang.

Sumber: Threads @nubhan.ahamad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih 16,000 Peranti Percuma Diagih Kepada 257 Sekolah Antara 2022 Hingga...

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,230 peranti pendidikan digital percuma, merangkumi komputer riba, Chromebook dan tablet, diagihkan kepada 257 sekolah di seluruh negara menerusi 133...

CATEGORIES