Thursday, November 12, 2026
HomeSUKANSafawi Terpaksa Tinggalkan Skuad Harimau Malaya Atas Urusan Keluarga

Safawi Terpaksa Tinggalkan Skuad Harimau Malaya Atas Urusan Keluarga

PETALING JAYA – Tonggak Kuching City, Safawi Rasid terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China disebabkan urusan keluarga.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, Safawi pulang ke tanah air, hari ini selepas pemain itu memaklumkan kepadanya mengenai masalah yang dihadapi.

“Pihak pengurusan pasukan kebangsaan memahami situasi yang dihadapi Safawi dan kami menghormati keputusan beliau untuk pulang ke Malaysia atas sebab urusan keluarga,” katanya.

Skuad Harimau kini dalam persiapan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China, Sabtu ini dan bertemu Yemen, Selasa ini, kedua-duanya di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.

Skuad kali ini sudah pun tanpa beberapa tonggak penting khususnya daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Perlumbaan F1 Qatar, Abu Dhabi Diteruskan Walaupun Ketegangan Serantau

0
LONDON – Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan dua perlumbaan terakhir perlumbaan Formula Satu (F1) 2026 di Grand Prix (GP) Qatar dan Abu Dhabi akan...

CATEGORIES