Tuesday, November 17, 2026
HomeHIBURAN‘She Said Yes’ – Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Miss Universe

‘She Said Yes’ – Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Miss Universe

PETALING JAYA – “She said yes (Dia kata ya).”

Demikian perkongsian pelakon Datuk Hans Isaac yang mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan peragawati dan bekas Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong.

Hans atau nama penuhnya Gerald Hans Isaac, 55, menyifatkan keputusan untuk memperisterikan Francisca sebagai langkah paling tepat dalam kehidupannya.

“Selamanya bersama insan kegemaran saya. Menuju ke gerbang abadi bersama bakal isteri saya yang berdarah Kayan atau Iban.

“Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia berkata ya (setuju).

“Dia sudah terikat dengan saya sekarang. Tiada lagi ‘Hans bila nak kahwin?’,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Baik Punya Cilok itu melamar Francisca di Menara Eiffel, Paris.

Sebelum ini, Hans pernah mengikat tali pertunangan dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson pada Januari 2017.

Namun, pada Oktober 2017, penerbit terbabit mengumumkan perkahwinan dengan wanita asal Singapura itu dibatalkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pulau Aoshima Di Jepun, Destinasi Unik Yang Dihuni Ratusan Ekor Kucing

0
JEPUN – Terletak di selatan Jepun, Pulau Aoshima menjadi antara destinasi unik yang menarik perhatian pencinta haiwan kerana dihuni oleh ratusan ekor kucing yang...

CATEGORIES