Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITADoktor Hilang Ketika Luncur Layar Di Tanjung Bungah Ditemukan Maut

Doktor Hilang Ketika Luncur Layar Di Tanjung Bungah Ditemukan Maut

GEORGETOWN – Seorang doktor berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah semalam ditemukan maut di atas batu di kawasan pantai berhampiran Straits Quay, di sini, hari ini.

Mangsa, Khaw Chun Sein ditemukan terdampar di pesisir pantai jam 9.56 pagi, pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan pelbagai agensi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Susulan pengecaman dan pengesahan oleh waris terdekat, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya, hari ini.

John berkata, operasi pencarian diselaraskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meliputi kawasan seluas 94.76 batu nautika persegi dan merangkumi lima sektor laut dan satu sektor udara.

Beliau menambah, operasi berkenaan membabitkan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan BBP Butterworth, termasuk anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), bersama Pasukan Bomba Sukarela, polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Tujuh bot dan sebuah helikopter Maritim Malaysia digerakkan bagi operasi pencarian ini, manakala pasukan operasi kami menjalankan pencarian di permukaan air dalam radius 1.36 batu nautika persegi,” katanya.

Susulan penemuan mangsa, SAR ditamatkan secara rasmi dan pos kawalan hadapan di Kelab Renang Cina, Tanjung Bungah, ditutup pada 10.30 pagi ini.

Dr Khaw dilaporkan hilang jam 7.42 malam tadi selepas gagal pulang selepas melakukan aktiviti luncur angin di perairan berhampiran Kelab Renang Cina di sepanjang Jalan Tanjung Tokong di sini.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MDKD 2026 Edisi Lembah Klang Perkasa Komuniti Sentul Dengan AI Dan...

0
Kuala Lumpur, 14 November 2026 – Kementerian Digital terus memperkukuh agenda pembudayaan digital di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program Minggu Digital Kementerian Digital...

CATEGORIES