Wednesday, November 18, 2026
HomeHIBURANErnie Zakri Nyanyi La Vie En Rose Bersama Presiden Perancis

Ernie Zakri Nyanyi La Vie En Rose Bersama Presiden Perancis

KUALA LUMPUR – Bukan calang-calang penghormatan apabila penyanyi Ernie Zakri diberi peluang berkongsi pentas dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menerusi persembahan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose, pada majlis jamuan tengah hari.

Lebih istimewa, Ernie bukan sekadar mendendangkan lagu popular itu di hadapan pemimpin nombor satu Perancis berkenaan, malah berpeluang menyanyikannya bersama Macron dalam majlis yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Detik istimewa itu berlangsung bersempena lawatan rasmi dua hari Macron ke Malaysia, sekali gus mencipta momen bermakna yang menggabungkan seni muzik dengan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ernie menyifatkan peluang membuat persembahan di hadapan Macron sebagai pengalaman cukup bermakna dalam perjalanan kerjaya seninya.

Katanya, peluang menyanyikan La Vie En Rose bersama Presiden Perancis itu menjadikan pengalaman berkenaan lebih istimewa, malah akan kekal sebagai kenangan sepanjang hayat.

“Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, adalah detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya.

“Peluang menyanyikan La Vie En Rose bersama beliau menjadikan pengalaman ini lebih istimewa dan akan kekal sebagai kenangan yang saya hargai sepanjang hayat.

“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk membawa suara dan seni Malaysia ke pentas ini,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Moeraki Boulders, Batu Gergasi Berbentuk Bulat di Pantai New Zealand

0
KUALA LUMPUR – Bayangkan berjalan di sepanjang pantai dan menemui puluhan batu besar berbentuk hampir bulat yang kelihatan seperti telur gergasi. Pemandangan unik ini...

CATEGORIES