Wednesday, November 18, 2026
HomeBERITA207 Sekolah Di Johor Dikenal Pasti Jadi Pusat Pemindahan Banjir

207 Sekolah Di Johor Dikenal Pasti Jadi Pusat Pemindahan Banjir

JOHOR BAHRU – Sebanyak 207 sekolah di seluruh negeri ini dikenal pasti sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir sepanjang tempoh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, langkah itu membabitkan 202 Sekolah Kebangsaan (SK) dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang sedia dibuka pada bila-bila masa bagi menampung mangsa terjejas sekiranya keadaan mendesak.

Beliau berkata, penyediaan PPS membabitkan fasiliti pendidikan itu diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bagi memastikan persekitaran yang selamat dan teratur sedia digunakan apabila diperlukan.

“Penyediaan 207 PPS di fasiliti sekolah ini diberi keutamaan supaya tiada calon SPM dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026 yang tercicir.

“Pengenalpastian 207 sekolah sebagai PPS ini dibuat secara teliti bagi memastikan lokasi yang dipilih berada dalam keadaan berfungsional dan selamat.

“Kita mahu memastikan fasiliti ini sedia digunakan tanpa mengganggu kelancaran peperiksaan pelajar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, komitmen kerajaan negeri adalah memastikan setiap anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan dapat menjawab soalan dalam keadaan selamat dan teratur tanpa terjejas akibat bencana alam.

Sebagai langkah susulan, katanya, JPNJ turut mengenal pasti awal senarai calon yang berisiko terjejas serta menetapkan lokasi alternatif peperiksaan di daerah-daerah berisiko tinggi.

“Fokus pemantauan tumpu khususnya di daerah Tangkak, Segamat dan Kota Tinggi yang sering berdepan ancaman limpahan air hujan berterusan,” katanya.

Dr Muhammad Naqib berkata, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarah memperluaskan platform komunikasi bersama ibu bapa bagi memantau pergerakan, keadaan laluan dan kediaman calon secara berterusan.

Selain itu, beliau berkata, semua agensi berkaitan mengadakan mesyuarat penyelarasan untuk menyalurkan bantuan logistik segera sekiranya berlaku sebarang pergerakan air mendadak selaras dengan saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

2 Pusat Panggilan `love scam’ Tumpas, 36 Warga Asing Ditahan

0
KUANTAN – Polis menumpaskan dua sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian (love scam) yang menyasarkan warga Vietnam selepas menahan 36 warga asing dalam dua...

CATEGORIES