Wednesday, November 18, 2026
HomeBERITAKebimbangan Adik Bongsu Jadi Kenyataan, Abang Sulung Pergi Selamanya

Kebimbangan Adik Bongsu Jadi Kenyataan, Abang Sulung Pergi Selamanya

TUMPAT – “Beberapa hari lalu, tiba-tiba terfikir bagaimana keadaan saya jika abang tiada suatu hari nanti. Tak sangka persoalan itu kini menjadi realiti,” kata adik bongsu Allahyarham Lans Koperal Muhammad Shahrul Aliff Yaacob yang terkorban dalam kemalangan di Sungkai, Perak.

Nur Syaza Awatif Yaacob, 16, berkata dia hilang tempat bergantung berikutan ibu mereka meninggal dunia Mac lalu akibat pelbagai penyakit kronik.

“Abang sulung (Muhammad Shahrul Alif) sangat baik dan bertanggungjawab. Ini membuatkan saya sering berasa takut kehilangannya.

“Kini hanya tinggal saya dan abang kedua selepas satu persatu insan tersayang pergi. Ayah masih ada, namun sudah tidak tinggal bersama selepas berpisah dengan arwah ibu hampir dua tahun lalu,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tujoh, di sini, awal pagi tadi.

Menurutnya, peranan ketua keluarga dipikul oleh abang sulung yang sering bertanya khabar dan banyak berkorban.

Nur Syaza berkata, kali terakhir dia berhubung dengan abangnya Ahad lalu dan Muhammad Shahrul Aliff ada memasukkan sejumlah wang untuk kegunaannya.

Menurutnya lagi, dia juga merancang untuk pergi ke rumah abangnya itu di Perak pada cuti sekolah akan datang memandangkan abangnya itu kerap mengajaknya ke sana.

“Kali terakhir saya berjumpa abang pada Mei lalu pada majlis aqiqah anak sulungnya, Muhammad Aqif Irsyad Muhammad Shahrul Alif, yang kini berusia enam bulan. Kenduri itu diadakan di rumah kakak ipar di Kampung Geting, di sini.

“Abang juga berjanji untuk pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu kami pada 19 Disember ini tapi tidak berkesempatan,” katanya.

Arwah sangat bertanggungjawab kepada keluarga

Sementara itu, isteri arwah, Nor Ilyanie Abd Aziz, 26, menyifatkan suaminya sebagai seorang suami, ayah dan anak yang baik serta sangat bertanggungjawab kepada keluarga.

Nor Ilyanie yang juga seorang eksekutif akaun di Jelapang, Ipoh berkata, tragedi itu amat berat untuk dilalui.

“Saya pun tidak tahu apa perancangan selepas ini memandangkan dugaan yang menimpa ini masih baharu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan anak serta sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah suami,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, Muhammad Shahrul Alif maut manakala 10 lagi rakan setugasnya cedera dalam kemalangan membabitkan van polis di KM 351.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Tapah/Sungkai, Perak.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ernie Zakri Nyanyi La Vie En Rose Bersama Presiden Perancis

0
KUALA LUMPUR – Bukan calang-calang penghormatan apabila penyanyi Ernie Zakri diberi peluang berkongsi pentas dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menerusi persembahan lagu klasik Perancis,...

CATEGORIES