Wednesday, November 18, 2026
HomeHIBURANKDNK Malaysia Berkembang 5.5 Peratus Suku Tahun Ketiga

KDNK Malaysia Berkembang 5.5 Peratus Suku Tahun Ketiga

PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia terus berkembang pada suku tahun ketiga 2026 dengan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus, berbanding pertumbuhan enam peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut laporan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Suku Tahun Ketiga 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaaan (DOSM) hari ini.

DOSM berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku tahun ketiga disokong oleh aktiviti pelaburan yang lebih baik dan eksport bersih yang positif, di samping pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan swasta.

“Kesemua sektor ekonomi mencatatkan prestasi positif, kecuali perlombongan & pengkuarian yang merekodkan penyusutan.

“Dari segi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK bertumbuh 1.5 peratus selepas mencatatkan 2.5 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Secara kumulatif bagi tiga suku tahun pertama tahun 2026, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus, lebih tinggi berbanding 4.8 peratus yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2025,” katanya dalam kenyataan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cakra Khan Tak Kisah Diboikot Kerana Pertahan Prinsip

0
KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, tidak gentar berdepan risiko diboikot atau kehilangan tawaran persembahan susulan kelantangannya menyuarakan pandangan mengenai pelbagai isu sosial. Baginya,...

CATEGORIES