Wednesday, November 18, 2026
HomeHIBURANZarif Ghazzi Nafi Terlibat Dakwaan Salah Laku Di Set Penggambaran

Zarif Ghazzi Nafi Terlibat Dakwaan Salah Laku Di Set Penggambaran

PETALING JAYA – Pelakon popular Zarif Ghazzi mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis dan melantik peguam susulan dakwaan salah laku yang dikaitkan dengannya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Menerusi satu kenyataan rasmi pihak pengurusan, Zarif menegaskan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang perbuatan seperti yang didakwa, selain menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.

“Satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.

“Zarif Ghazzi dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau yang mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk innuendo,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, pihak pengurusan memandang serius isu berkenaan dan menegaskan bahawa setiap dakwaan perlu dinilai secara adil berdasarkan fakta serta bukti relevan tanpa sebarang kesimpulan awal.

Pihaknya turut menyeru media dan masyarakat agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat spekulasi sehingga boleh menjejaskan reputasi, maruah serta hak mana-mana individu terlibat.

“Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya. Sehubungan itu, pihak kami tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara yang masih dalam penelitian,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, nama pelakon filem Kudrat 1968: High Council itu dikaitkan dengan dakwaan Puteri Balqis meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa sengaja bergesel dengannya ketika menjayakan babak lakonan bersama.

Balqis kemudian bertindak turut mengambil inisiatif bertemu pengarah bagi meminta supaya babak bersentuhan dikurangkan selepas mendakwa pelakon berkenaan berulang kali cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Balqis atau dikenali sebagai Aqish turut meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa sering menerima gangguan serta amaran daripada segelintir peminat fanatik pelakon lelaki yang pernah bergandingan dengannya.

Malah, dia yang mengakui tidak berminat menjalin hubungan dengan mana-mana pelakon lelaki menyifatkan golongan lelaki dalam industri hiburan sebagai membosankan.

Malam tadi, Aqish membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kelantangan serta penggunaan kata-kata kesat dalam beberapa hantaran media sosialnya baru-baru ini sehingga mengundang kecaman ramai.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ernie Zakri Nyanyi La Vie En Rose Bersama Presiden Perancis

0
KUALA LUMPUR – Bukan calang-calang penghormatan apabila penyanyi Ernie Zakri diberi peluang berkongsi pentas dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menerusi persembahan lagu klasik Perancis,...

CATEGORIES