Friday, August 14, 2026
HomeSUKAN‘Dah Turun Berat Satu Manusia’ – Syanie Enggan Kurus Lagi

‘Dah Turun Berat Satu Manusia’ – Syanie Enggan Kurus Lagi

KUALA LUMPUR – Pernah melakukan pembedahan bariatrik dan menurunkan berat hampir 100 kilogram (kg), pelakon Syanie selesa dengan bentuk fizikalnya dan enggan kurus lagi.

Kata Syanie atau nama asalnya Syaniza Hisham, 52, pembedahan yang dilakukan pada tahun 2009 tersebut didorong atas faktor kesihatan dan bukannya mahu kelihatan cantik semata-mata.

“Saya rasa kalau kalian tahu perjalanan hidup saya pada tahun 2009 memang saya dah buat bariatrik.

“Waktu itu saya 220kg dan sekarang 120kg ke 130kg, saya dah turun satu manusia dah, bagi saya, saya takkan turun lagi sebab daripada mula saya masuk dalam industri memang badan saya macam ini.

“Orang dah ambil saya berlakon pun sebab badan saya macam ini dan bagi saya buat bariatrik pun sebab nak sihat. Bukan saya buat sebab nak cantik atau kurus.

“Saya yang ‘chubby’ ini biarlah kekal begini, janji saya tak ada darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung dan paling kuat pun sakit lutut sajalah,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media Astro 30 Thank You Malaysia, semalam.

Pada masa sama, pelakon filem Senario Lagi itu beryukur apabila keputusan pemeriksaan kesihatan terbaharunya menunjukkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan amat baik

“Alhamdulillah saya bersyukur sangat. Baru ini saya pergi buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor.

“Doktor pun gembira saya dah berhenti ubat-ubat sebab sebelum ini ada ambil ubat tekanan darah.

“Kadar gula pun dah okey, alhamdulillah. Jadi, saya gembira, kalau anda tak gembira dengan saya, itu masalah awak,” katanya lagi.

Disoal sama ada pernah ditawarkan kaedah suntikan yang popular untuk menurunkan berat, Syanie menegaskan tidak berminat untuk mencubanya kerana sudah berpuas hati dengan keadaan dirinya sekarang.

“Kalau ada orang tawarkan pun (kaedah suntikan) nak besar mana lagi? Cukuplah besar ini, kalau nak kurus lagi bukan Syanie.

“Tak apalah bagi yang nak kurus itu silakan cucuk, itu kehidupan kalian, buatlah keputusan sendiri tapi saya dah okey dah.

“Nanti orang kata bukan Syanie sebab bukan badan besar,” selorohnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kau Pinjam, Kau Bayar! Hutang Lama Pun Belum Selesai’ – Adam...

0
PETALING JAYA: Tiada angin, tiada ribut, pelakon, Adam Lee meluahkan rasa berang dengan tindakan seorang individu yang didakwa culas menyelesaikan hutangnya. Menurut Adam, individu berkenaan...

CATEGORIES