Wednesday, October 7, 2026
HomeHIBURAN‘Banyak Kali Saya Buka Pintu Bilik, Ian Tengah Menangis’ - Amyza Aznan

‘Banyak Kali Saya Buka Pintu Bilik, Ian Tengah Menangis’ – Amyza Aznan

SHAH ALAM – Pelakon Amyza Aznan berasa kagum dengan semangat anaknya, Adrian Adam yang sedang berjuang melawan kanser tulang sehinggakan dia memilih sering merahsiakan kesakitannya seorang diri.

Menurut Amyza, 49, naluri sebagai seorang ibu sangat kuat apabila dia sering menyedari anaknya menangis menahan derita tanpa mahu disedari sesiapa.

“Dia tak ada kongsi apa-apa, dia cuma cakap ‘Bila nak kecut? Berapa lama lagi?’ Disebabkan benda itu besar sangat, dia memang selalu cakap sakit.

“Kita ibu kan, Allah pasti akan gerakkan macam mana pun. Banyak kali saya buka pintu bilik, dia tengah menangis.

“Dua minggu lepas, saya nak ambil kad. Dia seorang diri, tengah tekup muka dengan bantal dan menangis.

“Dia tak nak saya tahu dia tengah sakit tapi Ian, awak salah, saya ini mak tau. Macam mana pun awak sorok, Allah pasti gerakkan,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang media program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026), kelmarin.

Dalam masa sama, pelakon drama Anugerah Tanpa Cahaya itu memaklumkan anaknya kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi mengecutkan ketumbuhan di kaki.

“Sekarang ini dia tengah kemoterapi, ada perjalanan yang panjang lagi masa. Banyak lagi kitaran yang dia kena lalui.

“Jadi saya harap rawatan ini memang berhasil untuk dia kecilkan dan hilangkan tumor,” katanya lagi.

Pada Februari lalu, anak kedua Amyza itu disahkan menghidap kanser tulang dan sedang menjalani rawatan alternatif bagi mendepani penyakit berkenaan.

Prihatin dengan nasib dua beranak itu, pengacara, Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai berjumlah RM200,000 baru-baru ini bagi membantu membiayai kos perubatan Adrian.

Sebelum ini, anak sulung Amyza meninggal dunia pada 23 Februari akibat kanser paru-paru.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Larian Amal Selebriti ERATV 2027 Bakal Himpunkan 1,000 Peserta

0
KUALA LUMPUR - Larian Amal Selebriti ERATV (LASE) 2027 bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta termasuk selebriti tanah air dalam usaha mengumpul dana bagi Tabung...

CATEGORIES