Thursday, October 8, 2026
HomeBERITAPolis Ambil Keterangan Individu Susulan Pelajar 13 Tahun Jatuh Bangunan

Polis Ambil Keterangan Individu Susulan Pelajar 13 Tahun Jatuh Bangunan

KULIM – Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring, berkata remaja terbabit masih dirawat di Hospital Kulim akibat kecederaan parah dialami.

“Kita sedang ambil keterangan beberapa individu dan dalam kes ini tiada tangkapan dilakukan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di daerah ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika waktu rehat.

Polis menerima laporan daripada guru lelaki berusia 48 tahun berhubung penemuan pelajar dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah berkenaan.

Berdasarkan soal siasat polis, remaja terbabit mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Guru Kontrak Bakal Dapat Tawaran Lantikan

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,150 calon guru yang dilantik secara kontrak (CoS) akan menerima surat tawaran lantikan pada bulan ini bagi menampung kemasukan pelajar...

CATEGORIES