Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURANMK K-Clique Had Batas Pergaulan Ketika Dalam Penggambaran

MK K-Clique Had Batas Pergaulan Ketika Dalam Penggambaran

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique tidak berdepan sebarang masalah untuk bergandingan dengan ibu mentuanya menerusi drama bersiri Sekali Lagi Bahagia, terbitan iQIYI Original.

Turut sama berlakon ialah Datin Seri Noniswara yang juga ibu tiri isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin.

MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 30, berkata, hubungan mereka sangat profesional semasa penggambaran.

“Kami berlakon secara profesional. Babak sama tak ada, tapi satu scene, satu frame ada.

“Kami scene tak banyak. Saya sampai, habis scene, barulah dia sampai,” katanya ditemui pada sidang media drama terbabit, semalam.

Tambah MK, hubungan mereka sangat baik dan berjalan sebagai pelakon profesional.

“Tak lah macam kawan dia di luar set. Saya tahu ‘limit’, ‘boundary’ (batas) saya juga. So, saya pun tak bergaul sangat dengan yang lain. Kalau saya masuk bergaul, saya bergaul lah. Tapi ‘in terms of’ (hal membabitkan) kerja, kalau macam orang nak kena ‘sit down’ untuk baca skrip dan lain-lain, saya okey,” katanya.

Selain MK, drama Sekali Lagi Bahagia terbitan Orange Tree arahan Jamal Khan turut dibintangi Zara Zya, Afieq Shazwan, Dayang Areeda dan Izzue Islam.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Peserta Keretapi Sarong Tolong Pakai Mask, Jangan Bawa Anak Kecil’

0
PETALING JAYA – Peserta yang bakal menyertai program Keretapi Sarong 2026 (KS26) esok, diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat...

CATEGORIES