Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURANNadhir Nasar Ambil Berat Kritikan Daripada Pembeli Tiket

Nadhir Nasar Ambil Berat Kritikan Daripada Pembeli Tiket

PETALING JAYA – Aktor Nadhir Nasar menganggap kritikan netizen terhadap mutu lakonan sebagai teguran membina bagi memperbaiki kekurangan diri.

Nadhir atau nama penuh, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata pengalaman lima tahun dalam industri seni menyedarkan dirinya bahawa masih banyak perkara perlu dipelajari dan diperbaiki sebagai pelakon.

Justeru, Nadhir menerima pandangan penonton dengan hati terbuka kerana kritikan juga sebahagian daripada proses perkembangan kerjaya lakonan.

“Cara orang mengkritik lakonan saya sebenarnya komen yang membina. Alhamdulillah, saya perlukan komen seperti itu untuk menjadikan lakonan saya lebih baik daripada sebelum ini.

“Umur saya baru 30 tahun dan sudah lima tahun dalam industri seni. Banyak lagi ilmu yang perlu saya cari dan perbaiki.

“Sebagai pelakon muda, saya harus membuka ruang untuk menerima segala kritikan untuk menjadi lebih baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon filem Pemuja Syaitan di sini, semalam.

Mengulas penerimaan penonton terhadap hasil kerjanya, Nadhir menyifatkan reaksi netizen sebagai antara perkara menarik sepanjang bergelar anak seni.

“Selepas berada dalam industri ini, itulah keindahan yang saya nikmati dalam apa yang saya lakukan sekarang. Ada orang suka dan ada yang tidak suka.

“Saya meraikan semuanya dan membaca komen di media sosial.

“Sebagai pelakon, saya memerlukan kritikan seperti itu kerana akhirnya peminat yang membeli tiket untuk menonton filem saya. Jadi, saya perlu terima secara terbuka selagi tidak memberi kesan besar kepada diri,” katanya.

Nadhir mengakui tidak mampu memenuhi selera semua penonton, justeru enggan terlalu memikirkan pandangan mereka yang kurang menyukai hasil lakonannya.

“Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Tidak semua orang akan suka dengan kita dan itu perkara biasa.

“Dalam 10 orang, mungkin ada dua yang tidak suka tetapi lapan lagi masih beri sokongan. Jadi, fokus sahaja kepada individu yang sentiasa menyokong kita.

“Komen seperti itu tidak menjatuhkan semangat kerana saya masih suka dengan apa yang saya lakukan sekarang, iaitu berlakon,” katanya.

Sebelum ini, lakonan Nadhir menerusi filem Chelot mendapat pelbagai reaksi penonton apabila ada yang menganggap gaya lakonannya canggung.

Malah, segelintir pengguna media sosial turut mendakwa pendekatan ‘method acting’ yang digunakan Nadhir terlalu ketara sehingga lakonannya dilihat seperti dipaksa dan kurang disenangi sesetengah penonton.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ambil Kira Keadaan Jerebu, Spideraya Tukar Lokasi Konsert

0
Pihak penganjur Konsert Spideraya, B7 Resources Sdn Bhd mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran konsert dari Stadium Hoki Bukit Jalil ke IDEALIVE Arena. Ia berikutan mengambil kira...

CATEGORIES