Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURAN'Imej Itu Tidak Senonoh, Mengaibkan, Melampau Sangat' - Siti Nordiana

‘Imej Itu Tidak Senonoh, Mengaibkan, Melampau Sangat’ – Siti Nordiana

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Nordiana menyifatkan penyebaran foto suntingan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan dirinya berpakaian seksi sambil berpelukan dengan seorang lelaki sebagai tindakan melampau dan tidak bertanggungajawab.

Siti Nordiana atau nama lengkapnya Siti Nordiana Alias, 41, berkata dia hanya perkara mengaibkan tersebut sebaik dimaklumkan pengikut di aplikasi TikTok.

“Saya pun baru tahu semalam. Masa itu saya buat live (siaran langsung). Ada ‘follower’ saya maklumkan fasal orang salahguna muka saya.

“Waktu itu saya belum tengok lagi. Bila dah tengok foto suntingan dimaksudkan saya memang terkejut. Imej itu tidak senonoh dan mengaibkan, melampau sangat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Enggan membiarkan tindakan jijik itu berlarutan, ibu kepada seorang anak itu berkata, dia sudah membuat laporan kepada pihak TikTok.

“Saya dah report kepada TikTok. Saya minta orang ramai bantu beramai-ramai laporkan akaun terbabit. Jangan ada lagi mangsa lain,” ujarnya.

Terdahulu, sekeping foto seorang wanita mengenakan blaus tanpa lengan dan bertudung namun menggunakan wajah penyanyi itu disebarkan menerusi sebuah akaun TikTok.

Suntingan yang didakwa bertujuan mengaibkan apabila memadankan tubuh serta muka invidu berbeza itu meraih perhatian netizen.

Sebelum ini beberapa selebriti lain termasuk Neelofa, Mira Filzah serta Siti Khadijah pernah menjadi mangsa melibatkan penggunaan teknologi manipulasi wajah, filter, atau deepfake.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Peserta Keretapi Sarong Tolong Pakai Mask, Jangan Bawa Anak Kecil’

0
PETALING JAYA – Peserta yang bakal menyertai program Keretapi Sarong 2026 (KS26) esok, diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat...

CATEGORIES