Monday, May 11, 2026
HomeHIBURANKonsert 'Malam 3 Suara' Janji Magis Tiga Bintang Indonesia

Konsert ‘Malam 3 Suara’ Janji Magis Tiga Bintang Indonesia

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, tiga penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito, bakal berkongsi pentas dalam konsert Malam 3 Suara di Idea Live Arena, di sini, pada 14 Disember depan.

Dibawakan oleh Strategy X Entertainment Sdn Bhd, persembahan lebih dua jam itu dijangka mengundang ribuan peminat, khususnya pengikut setia tiga penyanyi popular berkenaan.

Menurut wakil penganjur, Malam 3 Suara tidak sekadar menjadi persembahan hiburan semata-mata, sebaliknya dirangka sebagai sebuah perjalanan emosi.

“Malam 3 Suara bukan sekadar konsert, sebaliknya sebuah naratif muzik yang membawa penonton menyelami kisah cinta, kerinduan, harapan dan kebersamaan.

“Ia adalah malam meraikan kekuatan tiga suara, tiga jiwa dan satu cerita yang berpadu di pentas,” katanya.

Seperti yang peminat sedia maklum, Rizky, Fabio dan Anggi masing-masing tampil dengan keunikan serta tanda dagang tersendiri.

Rizky dengan pesona dan gaya penuh warna, Fabio melalui balada syahdu yang meruntun jiwa, manakala Anggi memikat dengan vokal lembut penuh ketulusan.

Selain segmen persembahan solo yang menampilkan rangkaian lagu popular mereka, konsert turut memuatkan kolaborasi eksklusif dan duet istimewa yang hanya boleh disaksikan pada malam berkenaan.

Secara keseluruhan, lebih 20 lagu dipilih bagi memastikan penonton merasai perjalanan emosi yang lengkap sesuai dengan konsep konsert.

Sementara itu, Rizky yang pernah menghiburkan peminat di Malaysia sebelum ini meluahkan rasa teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dari Kecil Anak-Anak Kena Tahu Cara Lindungi Diri’ – Zahirah Macwilson

0
DUA figura popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sering menjadi perhatian peminat bukan sahaja kerana bakat lakonan, malah personaliti mereka yang dianggap mempunyai...

CATEGORIES