Thursday, January 22, 2026
HomeTRAVELAirAsia Media Sokong Kepimpinan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 Dengan Kempen Kesedaran...

AirAsia Media Sokong Kepimpinan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025 Dengan Kempen Kesedaran Searantau

KUALA LUMPUR, 19 September 2025- AirAsia Media, cabang media pelancongan Capital A, dengan bangganya melancarkan kempen media bersepadu 360° bagi menyokong usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 melalui inisiatif Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia di Kementerian Luar Negeri.

Dengan memaparkan logo Pengerusi ASEAN secara jelas pada pesawat serta keseluruhan ekosistem pelancongannya, termasuk dalam katalog barangan bebas cukai AirAsia MOVE, paparan digital di aplikasi dan laman web MOVE, balutan kereta (car wrapping) AirAsia Ride, iklan tablet dalam kereta yang baru diperkenalkan, penglibatan KOL dan banyak lagi. AirAsia Media berjaya mencipta jutaan paparan berimpak tinggi. Usaha ini mengukuhkan peranan utama Malaysia, sambil meraikan kebanggaan bersama terhadap kejayaan negara, serta menonjolkan kehebatan komuniti kita dan semangat kerjasama serantau kepada dunia.

O4TbUOkBbvBadrzk5jnUgZVuRRyUpgZGVCOwFh89 (1) (1).jpeg

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan Oktober ini bakal membawa perwakilan, pemimpin dan pengunjung dari dalam dan luar rantau ke Kuala Lumpur, menjadikan pendekatan menyeluruh seluruh negara amat penting. Kempen ini membuktikan sokongan padu seluruh negara terhadap mesej utama Malaysia iaitu ‘Inklusiviti dan Kelestarian’, yang menegaskan keyakinan kita bahawa tiada siapa yang akan diketepikan dalam usaha mencapai kemakmuran serantau, sekali gus mencerminkan komitmen mendalam Malaysia terhadap solidariti ASEAN dan potensinya.

Mahek Shah, Ketua AirAsia Media berkata, “Matlamat kami adalah untuk mewujudkan sebuah kempen yang benar-benar menyeluruh dan menyentuh setiap aspek dalam perjalanan pelancongan. Dari udara dengan pesawat ikonik kami, hinggalah ke darat melalui AirAsia Ride, kami berjaya mencipta jutaan paparan berimpak tinggi.

With Mobile Frame - App Native Premium Banner.png

“Kerjasama ini menonjolkan keupayaan unik AirAsia Media dalam melaksanakan kempen bersepadu menyeluruh merentasi pelbagai platform, daripada dalam talian hingga luar talian (O2O) yang berupaya membina hubungan bermakna serta meningkatkan kesedaran di seluruh Asia Tenggara hingga ke peringkat global.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital

0
PETALING JAYA – Perkongsian ringkas personaliti media sosial, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar dirinya yang...

CATEGORIES