Thursday, September 10, 2026
HomeHIBURANBadron Munirah Risau Keselamatan Keluarga Berdepan Jerebu

Badron Munirah Risau Keselamatan Keluarga Berdepan Jerebu

KUALA LUMPUR –  Pelakon Badron Munirah meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya di Mukah susulan keadaan jerebu yang menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak berada pada tahap tidak sihat.

Badron atau nama sebenarnya, Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah, berkata meskipun keadaan di Mukah tidak seteruk beberapa kawasan lain, dia tetap bimbang memikirkan ahli keluarganya, terutama anak kecil dan individu berusia.

“Apa yang saya boleh cakap, keadaan jerebu di sana memang agak teruk. Di Mukah juga terkesan tetapi tidak seteruk kawasan lain, antaranya Kuching dan sekitarnya.

“Alhamdulillah, keluarga saya semua dalam keadaan baik, tetapi saya agak risau juga kerana dalam kalangan ahli keluarga ada anak kecil dan yang sudah berusia,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Kasih Yang Terkorban itu berkata, dia hanya dapat mengikuti perkembangan keadaan di kampung halaman menerusi media sosial serta gambar dan video yang dikirimkan keluarganya.

“Saya hanya melihat melalui media sosial, gambar dan video yang dikirimkan. Memang keadaan di sana agak membimbangkan,” katanya yang juga pencipta kandungan di media sosial.

Menurut Badron, keadaan ibunya yang mempunyai masalah kesihatan turut menambahkan kebimbangannya terhadap keselamatan keluarga.

Dalam pada itu, Badron berharap seluruh ahli keluarganya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang berdepan situasi jerebu berkenaan.

“Saya hanya mengharapkan seluruh ahli keluarga saya dalam keadaan baik dan sihat. Saya juga bimbang dengan keadaan mak saya yang ada masalah kesihatan tersendiri.

“Saya memang hendak balik, tetapi keadaan masih belum mengizinkan kerana tuntutan kerja,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Untuk Penyamar, Nak Doa Ke Neraka Tapi Tak Mengapalah’ – Wany...

0
PETALING JAYA – Identiti dicuri penyamar, penyanyi Wany Hasrita memberi amaran kepada jurugambar dan juruvideo supaya berhati-hati selepas namanya dipercayai digunakan individu tidak bertanggungjawab...

CATEGORIES