Thursday, September 10, 2026
HomeHIBURANAmyra Rosli Selamat Lahir Cahaya Mata Ketiga

Amyra Rosli Selamat Lahir Cahaya Mata Ketiga

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata ketiganya hasil perkongsian hidup bersama suami, Amar Baharin, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Amar menerusi Instagram, pagi ini, sambil meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran berjalan lancar.

“Alhamdulillah. Dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan.

“Bayi sihat, ibu pun sihat dan kini sedang berehat dan melalui proses pemulihan,” katanya

Menerusi hantaran sama, Amar turut merakamkan penghargaan kepada keluarga, sahabat dan semua pihak yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga.

“Terima kasih buat keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami. Semoga setiap doa yang baik Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian,” katanya.

Amar turut menitipkan doa agar cahaya mata ketiga mereka membesar sebagai anak yang baik, sihat, beriman dan memiliki akhlak terpuji.

“Ya Allah, berkatilah anak kami ini. Peliharalah dia, kurniakan kepadanya kesihatan, iman dan akhlak yang baik. Jadikanlah dia anak yang soleh, penyejuk hati buat ibu dan ayahnya serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-Mu,” katanya.

Dalam hantaran itu, Amar turut memuat naik gambar dekorasi bertulis ‘Welcome Little One!’ dengan tarikh 9 September 2026, selain menggunakan gelaran ‘Baby A’ bagi cahaya mata ketiga mereka.

Bagaimanapun, pasangan itu masih belum mendedahkan jantina dan nama penuh bayi berkenaan.

Pada Julai lalu, Amyra mengumumkan kehamilan anak ketiga menerusi hantaran sempena sambutan ulang tahun kelahiran Amar yang ke-41.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Untuk Penyamar, Nak Doa Ke Neraka Tapi Tak Mengapalah’ – Wany...

0
PETALING JAYA – Identiti dicuri penyamar, penyanyi Wany Hasrita memberi amaran kepada jurugambar dan juruvideo supaya berhati-hati selepas namanya dipercayai digunakan individu tidak bertanggungjawab...

CATEGORIES