Wednesday, April 22, 2026
HomeBERITAOrang Islam Mengurat Isteri Orang Adalah Haram, Berdosa Besar - UAI

Orang Islam Mengurat Isteri Orang Adalah Haram, Berdosa Besar – UAI

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki terutamanya orang Islam menganggu atau mengurat isteri orang lain adalah haram dan berdosa besar.

Menurut Kosmo, menjelaskan perkara itu, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, tindakan sedemikian boleh mengundang kemurkaan Allah dan neraka tempatnya bagi golongan seperti itu.

Malah katanya, dalam Islam ada menyebut bahawa menganggu atau mengurat tunang orang sudah kira haram dan berdosa besar, apatah lagi isteri orang.

“Kalau berkomunikasi tu lain, contohnya apabila kita beritahu bini (isteri) orang supaya mengalihkan kereta. Itu lain (bukan dikira mengurat), bini sesiapa pun kita boleh tanya.

“Mengurat ni lain, iaitu menganggu atau menggoda bini orang, hukumnya haram dan berdosa besar. Kita suka tak orang lain ganggu bini kita? Kalau ‘mengurat’ anak dara tu lain, sebab kita mengajak dia untuk berkahwin,” katanya pada satu sesi kuliah, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, perkara seperti ini (mengurat isteri orang) paling tidak disukai oleh orang beriman.

“Orang beriman ini dia benci kemungkaran, manakala orang munafik, mereka suka kemungkaran.

“Titik tolaknya, terpulang pada kita nak berada dalam golongan mana, golongan ahli neraka atau ahli syurga,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sekatan Pelabuhan Iran: AS Arah 28 Kapal Berpatah Balik

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan 28 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan sejak permulaan sekatan ke atas kapal yang memasuki...

CATEGORIES