Wednesday, August 26, 2026
HomeSUKANRonaldo Terlepas Aksi Lagi, Al-Nassr Raih Kemenangan Tipis ACL2

Ronaldo Terlepas Aksi Lagi, Al-Nassr Raih Kemenangan Tipis ACL2

RIYADH: Cristiano Ronaldo sekali lagi tidak beraksi ketika Al-Nassr menewaskan Arkadag FC 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2), ketika penyerang Portugal itu bersiap sedia kembali beraksi dalam Liga Pro Saudi hujung minggu ini.

Sumber memaklumkan Ronaldo sudah menamatkan tindakannya memboikot perlawanan kelab dan merancang kembali bermain menentang Al-Fateh pada Sabtu ini.

Penyerang berusia 41 tahun itu turut kelihatan menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Riyadh, berdasarkan perkongsian di media sosial rasmi Al-Nassr, semalam.

Ronaldo sebelum ini terlepas dua perlawanan liga kerana dilaporkan tidak berpuas hati dengan pendekatan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) serta strategi kelab dalam urusan perpindahan pemain.

Pada perlawanan itu, Abdullah Al-Hamdan muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan, sekali gus memberi kelebihan buat Al-Nassr menjelang aksi timbal balik di Riyadh minggu depan.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

AirAsia Tawar Lebih Banyak Pilihan Untuk Menerokai Malaysia Sempena Bulan Kebangsaan

0
SEPANG, 26 Ogos 2026 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69, AirAsia menawarkan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai keindahan negara...

CATEGORIES