RIYADH: Cristiano Ronaldo sekali lagi tidak beraksi ketika Al-Nassr menewaskan Arkadag FC 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2), ketika penyerang Portugal itu bersiap sedia kembali beraksi dalam Liga Pro Saudi hujung minggu ini.
Sumber memaklumkan Ronaldo sudah menamatkan tindakannya memboikot perlawanan kelab dan merancang kembali bermain menentang Al-Fateh pada Sabtu ini.
Penyerang berusia 41 tahun itu turut kelihatan menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Riyadh, berdasarkan perkongsian di media sosial rasmi Al-Nassr, semalam.
Ronaldo sebelum ini terlepas dua perlawanan liga kerana dilaporkan tidak berpuas hati dengan pendekatan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) serta strategi kelab dalam urusan perpindahan pemain.
Pada perlawanan itu, Abdullah Al-Hamdan muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan, sekali gus memberi kelebihan buat Al-Nassr menjelang aksi timbal balik di Riyadh minggu depan.
Sumber – AGENSI





