Friday, April 24, 2026
HomeHIBURAN‘Tak Fikir Watak Pembantu Turunkan Taraf Pelakon’ - Amir Ahnaf

‘Tak Fikir Watak Pembantu Turunkan Taraf Pelakon’ – Amir Ahnaf

Mengakui sudah agak selektif dalam soal tawaran, aktor muda Amir Ahnaf tetap menerima watak pembantu atau sampingan selagi naratif karya tersebut mampu mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Amir atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin berkata, dia tidak berasakan tawaran sebagai watak pembantu mampu menjejaskan kerjaya seninya.

“Saya tak pernah fikir terima watak pembantu sebagai ‘downgrade’ kerjaya lakonan.

“Realitinya, pelakon pembantu dalam filem atau drama mampu memberi impak berbeza terhadap jalan cerita.

“Saya juga sentiasa yakin bahawa kualiti diberikan untuk sesebuah naskhah itu sendiri yang menentukan tahap hasil kerja tahap, selain perlu menjaga disiplin diri,” katanya.

Pelakon yang mula popular menerusi drama Project: High Council itu bagaimanapun tidak berkira jika diberikan apa sahaja watak waima muncul sebagai bintang undangan.

Anak kelahiran Terengganu itu juga menyifatkan menjayakan watak pembantu bukan sesuatu yang memalukan dirinya.

“Saya tak pernah rasa ‘downgrade’ diri sepanjang jadi anak seni, tambahan pula baru berusia 26 tahun dan nak berada dalam industri ini pun lama lagi.

“Kalau dalam tempoh lima tahun ini saya tamak dan terima semua watak hero, macam mana nak kembangkan lagi ‘range’ lakonan untuk tahun seterusnya?

“Jadi, kau kena cuba bertatih dari satu tangga ke tangga, berlari dan seterusnya, ikut langkah satu demi satu,” kata pemilik trofi Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-34.

Tidak mahu terlalu mengejar nama, Amir berkata usianya sebagai seorang pelakon masih baharu dan banyak lagi karakter yang mahu diterokainya.

“Saya baru empat tahun dalam industri, untuk meletakkan nama sebagai pelakon yang selalu pegang watak utama, saya tak rasa layak lagi.

“Jadi, saya lebih selesa letakkan diri ke arah eksplorasi.

“Macam budak-budak masuk taman permainan, dia nak cuba semua benda, itulah arah karier seni saya ketika ini,” ujarnya yang mempunyai impian menjadi seorang pengarah satu hari nanti.

Limitasi karakter

Bercerita lanjut, Amir teruja dengan wataknya dalam filem arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven.

“Cerita ini luar biasa, kalau orang tanya tentang cabaran, jawapan saya adalah sudah lama tak bawa watak pembantu.
“Ini cabaran untuk saya memastikan lakonan yang diberikan tidak melampaui pemain utama iaitu Mierul Aiman, perlu sekadar dalam laluan pembantu sahaja,” jelasnya lagi.

Katanya, kesedaran sebegitu ditanam dalam dirinya untuk memastikan karakter yang sepatutnya tidak ditenggelamkan watak sampingan lain.

“Bila sudah bergabung dengan pelakon lain dan diletakkan dalam satu babak sama, risau juga kalau terlebih nampak ‘overshadow’ watak utama.

“Sebagai pelakon baharu, saya cuba untuk pastikan tak melebihi limitasi yang diletakkan,” kongsinya.

Berkongsi pengalaman bergandingan dengan Mierul dan Aedy Ashraf yang juga selaku produser, keserasian antara mereka juga tidak pernah menjadi masalah.

“Kalau nak cakap tentang keserasian dengan Mierul dan Aedy, semua itu sudah wujud sejak filem Kahar.

“Namun, paling saya suka tentang Tarung adalah gabungan barisan pelakon dari tiga generasi iaitu senior, milenium dan Gen Z kan.

“Orang kata sukar nak gabungkan semua tetapi sebenarnya lebih senang sebab semua tinggalkan ego dan letakkan di luar sebelum memulakan penggambaran, terlibat dalam filem ini memang buat saya gembira,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Rasa Sangat Kerdil Sebaris Semua Senior Lain’

0
BENARLAH kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat. Dalam konteks karier penyanyi Wani, situasi sebegitu yang sedang dilaluinya apabila pertama kali melangkah ke pentas...

CATEGORIES