Monday, June 15, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Attention Seeker, Memang Tak Menyesal Sombong’ - Azhan Rani

‘Kalau Attention Seeker, Memang Tak Menyesal Sombong’ – Azhan Rani

PETALING JAYA – Didakwa sombong, pelakon Azhan Rani secara santai menyifatkan tidak menyesal dianggap bersikap sedemikian oleh individu yang gemar mencari perhatian.

Azhan atau nama lengkapnya, Azhan Abdul Rani, 50, berkata, dia tidak menyedari andai pernah mengabaikan teguran mana-mana pihak, namun mengakui tidak kisah sekiranya dituduh menyombong dalam situasi tertentu.

“Yeke, tak perasan rasanya. Tapi kalau ye pun, bagus juga. Saya kalau dengan ‘attention seeker’ memang tak menyesal sombong,” selorohnya dalam respons di media sosial.

Maklum balas itu adalah bagi menjawab dakwaan seorang pemilik akaun Threads yang mendakwa Azhan tidak memberi sebarang reaksi ketika ditegur.

“Azhan Rani. Sombong gila. Cakap hai pun buat tak tahu,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, jawapan bersahaja Azhan mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan cara pelakon terbabit berdepan kritikan.

Ruangan komen juga dipenuhi maklum balas mereka yang mengenali keperibadian pelakon drama Seribu Tahun itu dengan tampil mempertahankannya.

Antara komen mencuri perhatian adalah daripada aktor, Beto Kusyairy apabila menegaskan dakwaan sebegitu bukan sikap sebenar sahabatnya.

“Astaghfirullah, kau sombong? Jauh panggang dari api. Terbahak aku,” tulisnya.

Selain Azhan, antara nama selebriti yang pernah dijadikan topik perdebatan dalam platform Threads dengan dakwaan sombong ialah Mira Filzah dan Ara Johari

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pelarian Rohingya Perlu Patuhi Undang-Undang, Tindakan Tegas Jika Langgar – PM

0
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pelarian Rohingya di negara ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan tempatan atau berdepan...

CATEGORIES