Thursday, January 22, 2026
HomeVIRAL'Rider' Dibelasah 'Lelaki Blazer Merah,' Dianggap Orang Luar Kerana Dari Sabah

‘Rider’ Dibelasah ‘Lelaki Blazer Merah,’ Dianggap Orang Luar Kerana Dari Sabah

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang dibelasah selepas dipercayai bergaduh mulut dengan pengawal keselamatan yang tidak mengizinkannya masuk menghantar pesanan pelanggan.

Berdasarkan tinjauan Kosmo, beberapa video serta gambar telah tular di media sosial sejak semalam manakala kejadian difahamkan berlaku di hadapan sebuah premis perniagaan di Persiaran Tun Razak, di sini.

Menurut hantaran di Facebook Azhar Juny, pengawal keselamatan berkenaan bertindak memanggil lelaki blazer merah seterusnya berlaku pergelutan antara mereka.

Susulan pergelutan yang berlaku, didapati seorang wanita yang merupakan pelanggan meminta lelaki blazer merah itu agar berhenti menyakiti rider berkenaan.

“Saya yang minta tolong dia (rider) untuk datang sini. Saya akan bertanggungjawab kalau kena marah.

“Saya pun orang Sabah. Awak anggap orang Sabah orang luar ke? Dia bukan orang luar tau.

“Dia bertekak dengan pengawal keselamatan sebab diprovok banyak kali. Kita nak selesaikan urusan dengan cepat, bukan macam ni,”ujar wanita itu selepas pergaduhan dileraikan.

Sementara itu, polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular terbabit sejurus menerima laporan pukul 2.34 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazrin Abdul Yusof berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku pukul 3.20 petang, pada Khamis.

“Kejadian yang berlaku antara seorang penghantar barang dengan seorang individu, berpunca daripada salah faham manakala kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, seramai lima individu telah dipanggil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,”katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital

0
PETALING JAYA – Perkongsian ringkas personaliti media sosial, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar dirinya yang...

CATEGORIES