Friday, October 30, 2026
HomeBERITAPolis Buru Lelaki Warga Asing Simbah Asid Terhadap Kekasih Di PJS

Polis Buru Lelaki Warga Asing Simbah Asid Terhadap Kekasih Di PJS

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing yang dipercayai menyimbah cecair berasid terhadap teman wanitanya sehingga menyebabkan mangsa melecur dalam kejadian di PJS4, Petaling Jaya pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara suspek dan mangsa, yang juga wanita warga asing berusia lingkungan 20-an serta bekerja di sebuah kedai makan.

“Mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, beberapa saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Syafiq Kyle Rindukan Celoteh Arwah Ibu Yang Dirindui

0
KUALA LUMPUR – Kehilangan ibu tercinta bukan sekadar meninggalkan kedukaan, malah menghadirkan kesunyian yang sukar diungkapkan buat pelakon Syafiq Kyle, terutama apabila tiada lagi...

CATEGORIES