Friday, October 30, 2026
HomeHIBURANSyafiq Kyle Rindukan Celoteh Arwah Ibu Yang Dirindui

Syafiq Kyle Rindukan Celoteh Arwah Ibu Yang Dirindui

KUALA LUMPUR – Kehilangan ibu tercinta bukan sekadar meninggalkan kedukaan, malah menghadirkan kesunyian yang sukar diungkapkan buat pelakon Syafiq Kyle, terutama apabila tiada lagi suara dan celoteh insan yang selama ini mewarnai kehidupannya.

“Kemudian, ibu menjalani pembedahan untuk membuang sesuatu di bahagian tersebut. Selepas beberapa bulan, keadaan ibu semakin tidak bermaya,” katanya.

Menurut Syafiq, keluarganya kemudian menerima berita menyedihkan apabila pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan ibunya menghidap kanser paru-paru tahap empat sekitar Disember tahun lalu.

Katanya, Allahyarham menjalani rawatan kemoterapi dari Disember tahun lalu sehingga Oktober ini, namun keadaan kesihatannya semakin merosot selepas beberapa sesi rawatan.

“Selepas beberapa sesi rawatan, saya rasa sekitar sesi keempat, keadaan ibu semakin lemah dan tidak lagi bertenaga seperti sebelumnya.

“Ibu meninggal dunia ketika melalui tempoh rawatan tersebut. Bagaimanapun, Alhamdulillah, semua ahli keluarga berada bersama ibu ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq berkongsi kenangan yang terus terpahat dalam ingatannya, iaitu mesej WhatsApp terakhir daripada ibunya sehari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Mesej ringkas itu, menurut Syafiq, seakan-akan memberi gambaran bahawa ibunya mahu meyakinkannya bahawa keadaan dirinya baik-baik sahaja.

“Saya ada melihat semula perbualan WhatsApp dengan ibu. Mesej terakhir yang dia hantar kepada saya, ‘Assalamualaikum Angah. Sihat ke? Ibu dekat sini okay saja.’

“Itulah mesej WhatsApp terakhir ibu kepada saya. Tidak lama, mungkin sekitar sehari sebelumnya.

“Saya memang selalu berhubung dengan ibu, termasuk menghubunginya. Tetapi pada hari itu, ibu menghantar mesej kepada saya.

“Bila saya tengok semula, saya rasa seolah-olah ibu mahu memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik,” katanya.

Sebelum ini, berita pemergian Allahyarham Rohaya dimaklumkan adik Syafiq, Syazwan Razak, menerusi hantaran di Instagram (IG).

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

64 Maut Dua Tren Berkelajuan Tinggi Berlanggar Di Sepanyol

0
MADRID – Angka korban akibat perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi di selatan Madrid meningkat lebih dua kali ganda kepada 64 orang, menurut pihak berkuasa...

CATEGORIES