Tuesday, October 27, 2026
HomeBERITARemaja Lelaki 14 Tahun Disambar Buaya Ketika Punggah Buah Sawit

Remaja Lelaki 14 Tahun Disambar Buaya Ketika Punggah Buah Sawit

KUCHING – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai disambar buaya ketika menjalankan kerja memunggah buah kelapa sawit ke dalam perahu di Sungai Plaie, Ulu Sebuyau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa, Mohd Nordin Mohd Othman, dari Kampung Plaie Ulu Sebuyau, dikatakan disambar reptilia berkenaan ketika berada di sungai terbabit.

Kejadian itu disaksikan bapa saudara mangsa, Midin Radin, sebelum maklumat berhubung insiden berkenaan disampaikan kepada Ketua Kampung Sungai Plaie.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa masih belum ditemukan sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pagi ini.

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan berhubung kejadian itu pada jam 7 malam sebelum pasukan bomba mendapatkan maklumat lanjut daripada saksi dan pihak polis di Balai Polis Sebuyau.

“Operasi SAR kemudian dipersetujui dimulakan pada jam 7 pagi hari ini, membabitkan pasukan bomba bersama agensi keselamatan dan penduduk kampung.

“Pasukan operasi melaporkan tiba di lokasi kejadian pada 10.10 pagi sebelum operasi pencarian dimulakan kira-kira 10.30 pagi menggunakan empat bot,” katanya.

Beliau berkata, operasi turut membabitkan lima anggota bomba dengan sebuah Toyota Hilux dan sebuah bot MKN, selain lapan anggota polis, tiga anggota Sarawak Forestry Corporation (SFC), empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 20 penduduk kampung.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Monsun Timur Laut Bermula, Kawasan Barat Semenanjung Berisiko Bencana

0
KUALA LUMPUR – Kawasan rendah di pantai barat Semenanjung berisiko berdepan bencana susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula hari ini, justeru penduduk diminta...

CATEGORIES