Tuesday, October 27, 2026
HomeSUKANDua Jenama China Tamatkan Kerjasama Dengan Kylian Mbappe

Dua Jenama China Tamatkan Kerjasama Dengan Kylian Mbappe

BEIJING – Dua jenama utama China menamatkan kerjasama dengan penyerang Real Madrid dan Perancis, Kylian Mbappe, hari ini, susulan penularan video yang memaparkan pemain itu didakwa bergurau mengenai bekas pemimpin negara berkenaan, Mao Zedong.

Syarikat minuman, Dongpeng, dalam kenyataan menegaskan pihaknya tidak bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang menyinggung perasaan rakyat China, sambil mengumumkan penamatan serta-merta semua kerjasama dengan pemain berusia 27 tahun itu.

Pengeluar produk tenusu terbesar China, Mengniu, turut mengambil tindakan sama dengan menamatkan kerjasama bersama Mbappe berkuat kuasa serta-merta.

Mengniu dalam kenyataan berkata, pihaknya tegas menentang sebarang perkataan atau tindakan yang menyakiti perasaan rakyat China.

Tindakan kedua-dua syarikat itu menyusul selepas video tersebar di internet yang memaparkan Mbappe menceritakan meme internet paling melucukan pernah dilihatnya.

Dalam video berkenaan, pemain itu berkata wajahnya disunting pada gambar seorang lelaki yang disifatkannya sebagai “saya rasa seorang diktator China”.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada meme yang memaparkan wajah Mbappe disunting pada imej Mao, selain beberapa imej lain yang menggabungkan wajah pemain itu dengan tokoh sejarah.

Bagaimanapun, kesahihan video berkenaan belum dapat disahkan secara bebas oleh AFP Fact Check.

Isu itu turut mencetuskan perhatian di media sosial China apabila tajuk “Dongpeng Beverage tamatkan kerjasama dengan Mbappe” menjadi topik paling popular di platform Weibo.

Terdahulu, Mbappe gagal memenangi Ballon d’Or apabila tewas kepada penyerang Bayern Munich, Harry Kane, pada majlis anugerah di London, awal pagi tadi.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mengaku Jadi Batu Api, Mamat Sepah Buat Permohonan Maaf

0
Pelawak, Mamat Sepah mengakui konflik yang berlaku antara dua sahabatnya iaitu Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu berpunca daripada dirinya. Menerusi satu sesi siaran langsung yang...

CATEGORIES