Friday, October 30, 2026
HomeBERITA130 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Serbuan Pusat Scam Di Pakistan

130 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Serbuan Pusat Scam Di Pakistan

KUALA LUMPUR – Seramai 130 rakyat Malaysia dilaporkan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat penipuan dalam talian di Rawalpindi, Pakistan, yang dipercayai menyasarkan mangsa di negara ini.

“Wang hasil penipuan dipercayai diterima melalui Touch ‘n Go eWallet sebelum ditukar kepada mata wang kripto menerusi beberapa saluran,” menurut laporan itu.

Siasatan turut mendapati sindiket berkenaan dipercayai dikendalikan seorang rakyat Malaysia yang beroperasi dari Kemboja.

Menurut laporan itu, individu berkenaan didakwa mengarahkan operasi dari luar negara dengan bantuan penyelia dan pengurus pusat panggilan di Pakistan.

Seorang warga China yang dipercayai menerima mata wang kripto daripada sindiket sebelum menukarkannya kepada wang tunai Pakistan turut dikenal pasti dalam siasatan.

Menurut ProPakistani, pihak berkuasa Pakistan menyenaraikan 130 individu bersama butiran pasport masing-masing dalam laporan polis berhubung kes itu.

Laporan berkenaan menyebut, semua 130 individu yang ditahan ialah rakyat Malaysia.

Ada di antaranya turut dilaporkan mempunyai visa yang sudah tamat tempoh dan disyaki berada di Pakistan tanpa dokumen imigresen yang sah.

Bagaimanapun, status imigresen dan peranan sebenar setiap individu masih tertakluk kepada siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 13, 14 dan 16 Akta Pencegahan Jenayah Elektronik Pakistan 2016, yang dipinda pada 2025 selain peruntukan Kanun Keseksaan berkaitan pemerasan, penyamaran, penipuan dan persubahatan.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa masih menyiasat peranan individu yang mengendalikan sindiket dari luar negara, penyelia tempatan dan mereka yang menguruskan transaksi kewangan.

Jumlah kerugian mangsa, bilangan mangsa yang disahkan serta nilai wang yang dirampas dalam operasi itu belum dinyatakan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pengasuh Didakwa Abaikan Bayi 10 Bulan Hingga Maut

0
BUTTERWORTH – Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kematiannya...

CATEGORIES