Sunday, June 15, 2025
HomeVIRALCahaya Hijau Terangi Langit Sabak Bernam Timbul Tanda Tanya Penduduk

Cahaya Hijau Terangi Langit Sabak Bernam Timbul Tanda Tanya Penduduk

SABAK BERNAM: Penduduk di Sungai Besar gempar menyaksikan fenomena sebahagian langit disinari warna hijau pada malam Selasa.

Menurut Sinar Harian, imej itu dirakam seorang pelayar Facebook yang memuat naik gambar fenomena itu di sebuah taman perumahan di sini.

Pemilik akaun Facebook, Man Toya dalam hantarannya berkata, cahaya hijau yang dilihatnya itu mencetuskan tanda tanya.

“Sungai Besar kenapa terang sangat cahaya ini dan bergerak?” katanya menerusi hantaran di laman Facebook kira-kira jam 8.30 malam.

Penduduk yang menyaksikan fenomena itu turut meninggalkan komen pada keterangan gambar berkenaan.

Pemilik akaun Facebook, Cik Faa berkata, dia perasan penampakan cahaya hijau itu di hadapan rumah.

“Habis sahaja azan Isyak (cahaya hijau di ruang udara) terus hilang,” komennya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook, Mohamad Amirul turut melaporkan melihat fenomena tersebut.

Menurutnya, kejadian itu dianggap aneh kerana berlaku di hadapan rumahnya yang menghadap jalan, lapor Sinar Harian.

“Belakang rumah saya laut, tetapi saya nampak depan rumah, (mustahil nelayan) candat sotong dekat jalan, (rasa) pelik,” jelasnya.

Bagaimanapun, beberapa komen mengaitkan cahaya itu dari arah bot nelayan yang melakukan aktiviti mencandat sotong di laut berhampiran.

Pemilik akaun Facebook, Nor Faridah memberitahu, cahaya itu datang dari bot nelayan di kawasan bagan berhampiran.

Bagaimanapun, cahaya hijau di langit itu dipercayai berlaku dalam tempoh singkat.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nahas Air India: ‘Saya Tidak Tahu Bagaimana Boleh Terselamat’

0
NEW DELHI – Seorang lelaki Britain menjadi individu tunggal terselamat dalam nahas penerbangan Air India membawa 242 orang yang terhempas sejurus selepas berlepas di...

CATEGORIES