Tuesday, September 22, 2026
HomeVIRAL"Anak Raja Pun Ambil Makanan Sendiri"

“Anak Raja Pun Ambil Makanan Sendiri”

PETALING JAYA – “Anak raja pun ambil makanan sendiri. Kita baru jadi raja sehari, nak orang hidang siap dengan udang panjat,”.

Demikian tulis @bckupacc99 di X mengenai pasangan Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isteri Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada Istiadat Berinai.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, menunjukkan pasangan Diraja itu dengan bersahaja mengambil makanan bersama tetamu-tetamu yang lain sehingga menerima pujian ramai.

Pada masa sama rata-rata pengguna media sosial turut memuji kecantikan Tengku Natasya Puteri dan ketampanan Tengku Muhammad Iskandar yang mengenakan persalinan berona biru.

“Anakanda Sultan Pahang ni semuanya merendah diri belaka, ikut jejak Almarhum nenda mereka,” komen TheTehTarek.

“Mungkin pasangan ini teringin nak buat kelainan sikit sebab anak raja makanan selalunya sentiasa siap terhidang. Tapi kali ini teringin nak merasa ambil sendiri,” tulis ciktiramisuuuu.

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang kelmarin.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Sumber -KOSMO! ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES