Tuesday, September 22, 2026
HomeBERITADua Penuntut Polisas Maut, Motosikal Hilang Kawalan Dan Terbabas

Dua Penuntut Polisas Maut, Motosikal Hilang Kawalan Dan Terbabas

KUANTAN – Dua penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) maut selepas motosikal yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di Jalan Pintasan Kuantan berdekatan Loji Rawatan Air Semambu di sini pada pagi Isnin.

Penunggang motosikal, Muhamad Nor Iman Mahadi yang beralamat di Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu Kelantan dan pembonceng, Muhammad Adib Suhail Jaeh, dari Taman Pulai Indah, Johor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke atas jalan raya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada Isnin.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES