Tuesday, November 10, 2026
HomeBERITAWarga Emas Ditahan Miliki 5kg Ganja Bernilai RM16,000 di Kota Bharu

Warga Emas Ditahan Miliki 5kg Ganja Bernilai RM16,000 di Kota Bharu

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas dicekup oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas disyaki memiliki lima kilogram daun mampat jenis ganja bernilai lebih RM16,000 di hadapan sebuah stesen minyak di Salor di sini pada Ahad.

Dalam serbuan jam 1.40 tengah hari itu, semasa penugasan Op Taring Wawasan dadah tersebut ditemukan di dalam sebuah van yang dipandu lelaki berusia 67 tahun.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan dadah, satu tangkapan telah dilakukan apabila sebuah van jenis Toyota Hiace ditahan kerana dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Van yang dipandu lelaki berusia 67 tahun.
Van yang dipandu lelaki berusia 67 tahun.

 

“Hasil pemeriksaan telah menemukan daun mampat jenis ganja di dalam van terbabit.

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan serta dua unit telefon bimbit ialah RM129,514.60,” katanya pada Isnin.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nam Ron Dan June Lojong Terkejut Tercalon ABPBH 38

0
KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon suami isteri, Nam Ron dan June Lojong, masing-masing terkejut apabila berjaya melangkah ke senarai calon Anugerah Bintang Popular Berita...

CATEGORIES