Tuesday, November 10, 2026
HomeTEKNOLOGITiktok Mahu Uji Pengguna Sanggup Langgan Pelan Premium Tiada Iklan

Tiktok Mahu Uji Pengguna Sanggup Langgan Pelan Premium Tiada Iklan

PETALING JAYA – Platform kandungan media sosial popular, TikTok sedang menguji pelan langganan bulanan untuk pengalaman bebas iklan bagi pengguna aplikasi tersebut.

Menurut laporan media, pengguna boleh melanggan pelan berbayar berharga $4.99 (RM21.61) sebulan sekiranya ingin menggunakan aplikasi tersebut tanpa iklan.

TikTok juga dikatakan sedang menguji kesanggupan penggunanya untuk membayar harga premium bagi terus menggunakan aplikasi tersebut.

Namun, pengguna boleh terus menggunakan TikTok secara percuma bersama paparan iklan.

Bagaimanapun, buat masa ini, pelan langganan tersebut masih dalam fasa ujian dan ditawarkan secara terhad di Amerika Syarikat.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada TikTok mengenai pelan langganan tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Noh Salleh Hargai Pengorbanan Aina Abdul, Anggap Kolaborasi Buka Rezeki Baharu

0
PETALING JAYA – Noh Salleh mengakui kolaborasi bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam 2026 membuka lembaran rezeki baharu dalam kerjaya seninya. Penghargaan itu dizahirkan...

CATEGORIES