Tuesday, July 21, 2026
HomeSUKANSkuad Muda Harimau Malaya Bakal Berdepan Indonesia

Skuad Muda Harimau Malaya Bakal Berdepan Indonesia

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 (B-19) negara berjaya mengekalkan status juara Kumpulan C saingan Kejuaraan ASEAN B-19 2024 selepas meraih keputusan seri 1-1 bertemu Thailand sebentar tadi.

Pada aksi Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya itu, skuad Gajah Perang terlebih dahulu memecah kebuntuan selepas meraih gol pembukaan menerusi ledakan Caelan Tanadon pada minit ke-4.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad muda Harimau Malaya kendalian Juan Torres Garrido memperkemaskan jentera dalam usaha memburu gol penyamaan.

Jaringan yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-47 hasil penyudah penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) G. Pavithran pada minit ke-47.

Kedua-dua pasukan yang sudah mengesahkan slot ke separuh akhir gagal untuk meledak jaringan kemenangan dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga perlawanan tamat.

Malaysia selaku juara bertahan akan berdepan tuan rumah, Indonesia yang muncul juara Kumpulan A dalam aksi separuh akhir pada Sabtu ini.

Sementara itu, Thailand pula berdepan laluan berliku apabila bertemu Australia pada hari yang sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nyanyi Tak Sedap Tidak Apa, Sebab Mak Saya Cakap Sedap’ –...

0
KUALA LUMPUR – “Jangan toleh kiri kanan, terus kuat.” Itu nasihat yang dititipkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila netizen menjadikan diri dan perjalanan kariernya...

CATEGORIES