Saturday, October 31, 2026
HomeSUKANPearly-Thinaah Hantar Pasangan Indonesia Pulang

Pearly-Thinaah Hantar Pasangan Indonesia Pulang

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya menundukkan gandingan ranking No. 9 dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti sebentar tadi.

Biarpun turun selaku gandingan di ranking ke-13 dunia itu, ia langsung tidak menjejaskan reputasi pemain negara itu apabila berjaya menewaskan pemain terbaik Indonesia itu menerusi kemenangan straight-set 21-18, 21-9 dalam tempoh 45 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan beregu negara itu memiliki kelebihan berdasarkan rekod pertemuan apabila meraih empat kemenangan hasil tujuh pertemuan sebelum ini, sekali gus muncul naib juara Kumpulan A untuk mengiringi gandingan China, Chen Qingchen dan Jia Yifan ke suku akhir.

Satu proses undian akan dijalankan untuk menentukan lawan yang akan dihadapi Pearly dan Thinaah pada aksi suku akhir nanti.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES