Monday, September 14, 2026
HomeSUKANLonjak Empat Anak Tangga, FeiDin Kini Beregu Ketiga Dunia

Lonjak Empat Anak Tangga, FeiDin Kini Beregu Ketiga Dunia

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.

Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, tewas kepada Kim Astrup-Anders Rasmussen yang kini bergelar beregu nombor satu dunia.

No Image Caption

Di sebalik membawa pulang AS$100,000 (RM445,000) sebagai naib juara, FeiDin turut memperoleh 12,000 mata – sekali gus membantu beregu ketujuh dunia itu melonjak empat anak tangga untuk bergelar beregu nombor tiga dunia.

Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula, jatuh satu anak tangga dan kini berada di tangga keenam dunia.

Sumber – Awani/Stadium Astro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kakak Percaya, Tiada Pengakhiran Lebih Baik Daripada Ini’

0
PETALING JAYA – Bagai hilang kata-kata, pelakon Elfira Loy menyifatkan kehilangan ibu, Filzah Yusoff bukan sahaja sebagai insan yang melahirkannya tetapi individu yang menguruskan...

CATEGORIES