Saturday, October 31, 2026
HomeSUKANLando Norris Dedah Kelemahan Jentera McLaren

Lando Norris Dedah Kelemahan Jentera McLaren

LONDON  – Pemandu McLaren, Lando Norris mendedahkan bahawa masalah keseimbangan bahagian belakang jentera MCL39 adalah kelemahan paling ketara pasukannya itu menjelang saingan baharu Formula 1 musim ini.

Walaupun McLaren tampil sebagai salah satu pencabar kejuaraan selepas ujian pramusim yang mengagumkan di Bahrain, Norris mengakui jentera mereka masih mempunyai kelemahan dari segi kestabilan terutama di bahagian belakang.

Begitupun, pelumba Britain itu melihat kelemahan berkenaan sebagai satu peluang terbaik buat pasukan untuk memberi tumpuan penuh dalam usaha memperbaiki prestasi jentera.

“Jentera 2025 ini ada sisi baik dan buruk. Apapun, kami masih pantas, tetapi sebagai pemandu, kami sentiasa memberi maklumat penting dengan lebih terperinci.

“Kami mahu memperbaiki sama ada bahagian depan, belakang, atau keseluruhan kereta. Kami sentiasa meneroka had kemampuan kami.

“Buat masa ini, kelemahan paling jelas kami adalah di bahagian belakang kereta. Jentera sukar dikendalikan dan itu adalah tugas saya untuk menyesuaikan diri.

“Namun, ia juga memberikan kami peluang untuk benar-benar fokus pada satu aspek sahaja, sudah tentu, kami akan cuba memanfaatkan apa yang kami ada,” kata Norris.

McLaren kini bersiap sedia menghadapi musim baharu bermula Grand Prix (GP) Australia di Litar Albert Park, Melbourne pada 16 Mac ini dengan harapan memberikan saingan sengit kepada Red Bull, Ferrari serta Mercedes dalam perebutan gelaran F1 2025.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES