Saturday, October 31, 2026
HomeBERITAElon Musk Sahkan X Hadapi 'Serangan Siber Besar-Besaran'

Elon Musk Sahkan X Hadapi ‘Serangan Siber Besar-Besaran’

WASHINGTON – Platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia pada Isnin, akibat serangan siber dengan pemiliknya, jutawan teknologi Elon Musk mendakwa ia sebagai serangan berskala besar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X.

“Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses pengesanan…” kata Musk dalam satu hantaran di platform itu.

Gangguan mula dilaporkan sekitar jam 5.30 pagi waktu Timur (0930 GMT), dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam.

Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector.

X terus dilanda pelbagai masalah, termasuk halaman yang gagal dimuat.

Punca serangan siber masih belum diketahui.

Sumber – Bernama/Anadolu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES