Tuesday, August 4, 2026
HomeSUKANKontinjen Malaysia Lakar Pencapaian Cemerlang, Lepasi Sasaran Pingat Di Sukan Komanwel Glasgow...

Kontinjen Malaysia Lakar Pencapaian Cemerlang, Lepasi Sasaran Pingat Di Sukan Komanwel Glasgow 2026

Saya bersama-sama seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kontinjen Malaysia atas kejayaan yang cukup membanggakan pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Setakat hari ini, kontinjen negara telah mengumpul tujuh pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa, melangkaui sasaran awal lima emas, dua perak dan empat gangsa. Kejayaan ini lahir daripada dedikasi, disiplin, semangat juang serta pengorbanan luar biasa oleh para atlet, jurulatih dan seluruh anggota kontinjen demi mengharumkan nama negara.

Kejayaan ini juga mencerminkan kekuatan ekosistem sukan negara, hasil kerjasama erat antara KBS, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), persatuan-persatuan sukan kebangsaan serta semua pihak yang sentiasa komited dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi di Malaysia.

Walaupun sasaran pingat telah dicapai, perjuangan kontinjen Malaysia masih belum berakhir. Dengan Sukan Komanwel 2026 yang bakal melabuhkan tirainya, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan dan menitipkan doa buat atlet-atlet negara yang masih akan beraksi di temasya ini.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh wira dan wirawati negara yang diketuai Chef de Mission, Datuk Awalan Abdul Aziz. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa, bermula dengan Sukan Asia dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 pada September ini, dan pastinya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Malaysia 2027.

KBS akan terus komited dalam usaha memperkukuh ekosistem sukan negara, terutama untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia dan mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Bakat Sahaja Tak Cukup, Disiplin Nombor Satu’ – Johan As’ari

0
Pelakon, Johan As’ari berpendapat disiplin merupakan faktor penting yang perlu dititikberatkan dalam diri seseorang anak seni bagi membantu mereka bertahan lama dalam industri hiburan. Menurut...

CATEGORIES