Friday, July 31, 2026
HomeHIBURANKalau Berat Saya 45kg Pun Orang Dah Cakap Gemuk – Nadeera

Kalau Berat Saya 45kg Pun Orang Dah Cakap Gemuk – Nadeera

KUALA LUMPUR – Penampilan dipuji semakin cantik, penyanyi Nadeera Zaini mengakui amat menitikberatkan soal penjagaan imej dan sanggup berhabis untuk kelihatan menawan.

Menurut Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 33, menjaga kecantikan diri adalah salah satu tuntutan buat insan yang bergelar anak seni.

“Berada di dalam industri hiburan, kita perlu menjaga penampilan. Ini adalah tuntutan. Peminat bukan sekadar ingin mendengar nyanyian kita sahaja, tetapi juga penampilan. Mereka suka melihat benda yang cantik.

“Saya cuba semampu saya untuk menjaga penampilan. Saya amalkan diet untuk turunkan berat badan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di set penggambaran video muzik lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0, di Istana Budaya, semalam.

Bercerita lanjut mengenai bentuk tubuhnya yang semakin langsing, kata Nadeera, disebabkan dia bertubuh genit, jadi dia kelihatan lebih langsing selepas mengamalkan diet.

“Saya terlalu ‘petite’. Tinggi saya tak macam orang lain. Kalau berat saya dalam 45 kilogram orang dah cakap saya gemuk,” jelasnya.

Ditanya tentang reaksinya apabila ramai peminat dan netizen yang memuji penampilan terkininya, kata Nadeera dia berterima kasih dengan segala pujian yang diberikan kepadanya.

“Kalau orang puji kita, kita cakap terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nadeera dipilih sebagai salah seorang penyanyi untuk menyanyikan semula lagu Cinta Di Akhir Garisan versi baharu yang diberi nama Cinta Di Akhir Garisan 2.0.

Selain Nadeera, lagu yang mendapat sentuhan semula oleh Ajai itu turut menampilkan Marsha Milan, Adira Suhaimi dan Aisha Retno.

Diterbitkan oleh Usanita Entertainment, lagu dan video muzik Cinta Di Akhir Garisan 2.0 akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sepanjang Tempoh Murung, Rasa Macam Katil Pusing Bawah Tanah’ – Daiyan...

0
PETALING JAYA – Pernah melalui episod kemurungan, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha bersyukur kerana berjaya keluar daripada fasa sukar itu dalam tempoh singkat, hasil...

CATEGORIES